Adalah dimaklumkan bahawa Pn Maimunah binti Muslim (580103-01-5920), SK Lok Heng Selatan, Kota Tinggi telah mula Bersara Pilihan pada 30 November 2011 dalam usia 53 tahun . Beliau yang memulakan tugas sebagai Pembantu Am Rendah pada 1.1.1996 telah gigih berkhidmat demi memajukan diri sehingga dilantik sebagai Pembantu Tadbir Gred N17 mulai 3.5.1999. Bersaranya beliau mengundang kesedihan kerana selepas ini beliau tidak akan bersama kita lagi dalam KEPTAN dan berkuranglah ahli KEPTAN yang begitu setia selama ini. Beliau adalah antara yang terawal menyertai KEPTAN, dan sentiasa memberi sokongan setiap apa yang diperjuangkan tanpa rasa jemu dan penuh sabar. KEPTAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas segala sumbangan, jasa dan sokongan padu yang telah beliau curahkan sepanjang perkhidmatan beliau.
Diharap agar beliau dapat terus menyokong KEPTAN dan semoga beliau sentiasa dirahmati, diberikan umur yang panjang di samping kesihatan dan rezeki yang baik bersama keluarga. Simpanlah kenangan sepanjang perkhidmatan sebagai pengubat jika kesepian.
Salam Manis dan Penghargaan dari KEPTAN Cawangan Kota Tinggi.