Carian Blog

Monday, 10 September 2012

MASIH BELUM TERLEWAT WAKTU UNTUK KEPTAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI KEPTAN CAWANGAN KOTA TINGGI DAN CAWANGAN DAERAH LAIN.  DIMAKLUMKAN BAHAWA UNTUK TAHUN 2012 KEPTAN CAWANGAN KOTA TINGGI TIDAK DAPAT MENGADAKAN SAMBUTAN HARI RAYA SEPERTI TAHUN LEPAS ATAS SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.  NAMUN KEPTAN TELAH MENYUSUN BEBERAPA AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK SEMUA AHLI DAN BERHARAP AGAR AKTIVITI YANG BAKAL DILAKSANAKAN AKAN MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI SEMUA AHLI.

Monday, 23 July 2012


KEPTAN CAWANGAN KOTA TINGGI MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN SELURUH MALAYSIA.  SEMOGA BULAN YANG MULIA INI AKAN MEMBAWA KEBERKATAN DAN KETENANGAN.

Thursday, 3 May 2012

Notis Mesyuarat Agung Tahunan KEPTAN Kali Ke-17/2012

Notis Mesyuarat Agung Tahunan KEPTAN Kali Ke-17 Tahun  2012
******************************

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan KEPTAN kali Ke 17 bagi Tahun 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh   :  31 Mei 2012    ( Khamis )
Masa   :  8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat   :  Dewan SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua ahli KEPTAN agar dapat memberi buah fikiran/cadangan penambahbaikan/usul dan sebagainya dalam Borang Usul  yang perlu dikembalikan bersama Borang Pencalonan AJK KEPTAN kepada Setiausaha KEPTAN Pn.Nor'aini binti Mohd Ali sebelum atau pada 15 Mei 2012 untuk tindakan selanjutnya.
Kerjasama semua ahli amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.  Semoga KEPTAN terus cemerlang di masa akan datang. 

Monday, 23 April 2012

JPA.BPO(S)324/1-3 Jld. 4(46)




KERAJAAN MALAYSIA
______________________________

MAKSIMUM MENGGANTIKAN JADUAL GAJI MATRIKS

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012
PERUBAHAN PENETAPAN GAJI PERMULAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN JADUAL GAJI MINIMUM


Anda boleh memuat turun di sini :-

http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2012/spp012012.pdf

Thursday, 19 April 2012

CARA UNTUK MEMBERI KOMEN DLM BLOG INI

CARA UNTUK MEMBERI KOMEN DLM BLOG INI :

1.  Anda perlu ada alamat email google sendiri.
2.  Anda perlu klik pada 'comment'
3.  Taip apa komen yg hendak anda sampaikan
4.  Masukkan alamat email anda
5.  Taip juga arahan tulisan kod yg diberikan
6.  Akhir sekali klik pada 'publish'

Komen dan pandangan anda amatlah dialu-alukan.

pesanan dari:
Umie Kalsum (Pen. S/usaha KEPTAN)

PENGURUSAN STOR - bahan kursus 16 April 2012


KERTAS MAKLUMAN
PANDUAN PELAKSANAAN PENGKELASAN BAHARU KATEGORI STOR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1.         TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penduan pelaksanaan pengkelasan baharu stor-stor di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta prosedur pelaksanaan pengurusan stor di Bahagian / agensi / institusi di bawah KPM bermula tahun 2012.

2.         LATAR BELAKANG

2.1       Penyediaan Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Stor di KPM adalah bertujuan untuk menjelaskan mengenai prosedur pelaksanaan dan pengurusan stor selepas perubahan kategori stor di KPM.  Perubahan tersebut adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Semula Kategori Stor bersama Perbendaharaan pada 16 Mac 2011, Mesyuarat Pelaksanaan Penyelarasan Semula Kategori Stor KPM pada 28 Jun 2011 dan Mesyuarat antara KPM dan Perbendaharaan berhubung Penyelarasan Draf Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Kategori Stor di KPM pad 30 September 2011.

2.2       Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 – Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS), setiap agensi perlu melaksanakan pengkelasan kategori stor.  KPM melalui agensi-agensinya telah melaksanakan perkara ini.  Walau bagaimanapun, keunikan stor                  di agensi di KPM menyebabkan kekeliruan dalam pengkelasan stor terutamanya di sekolah-sekolah.

2.3       Berdasarkan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Semula Kategori Stor, Perbendaharaan memaklumkan bahawa semua agensi di KPM perlu menyelaras semula kategori stor masing-masing.  Penyelarasan kategori yang terkini adalah berdasarkan kriteria baharu yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.

2.4       Perubahan kategori stor ini akan melibatkan perbezaan dalam pelaksanaan sebelum ini terutamanya dalam pelaksanaan TPS, penggunaan borang dan pelantikan pegawai yang terlibat dalam pengurusan stor.

2.5       Pekeliling mengenai Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Stor        di  KPM akan diedarkan pada hujung tahun 2011.  Panduan ini hendaklah dilaksanakan / dibaca bersama dengan ketetapan yang telah dikuatkuasakan dalam TPS kerana TPS adalah asas pertimbangan dalam penyediaan dan pelaksanaan panduan ini.








3.         PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

3.1       Kategori Stor di KPM

            Kategori di KPM hanya melibatkan dua (2) kategori iaitu Stor Utama dan  
Stor Unit.  Pengkelasan semula kategori stor di KPM adalah berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Perbendaharaan mengikut kesesuaian dan keunikan di KPM :

Jadual 1 :  Definisi Kategori Stor di KPM



BIL

KRITERIA

STOR UTAMA


STOR UNIT

1.

Kaedah perolehan (pembelian) stok

Menguruskan perolehan (pembelian) stok sendiri

Tidak membuat perolehan (pembelian) barang-barang;
Atau
Membuat perolehan stok menggunakan peruntukan bantuan geran per kapita (PCG)

2.

Sumber peruntukan kewangan bagi tujuan perolehan

Menggunakan peruntukan belanja mengurus bagi tahun semasa

Menggunakan peruntukan bantuan geran per kapita (PCG)

3.

Penggunaan Bekalan Stok

Membekalkan stok kepada Stor Unit;
Atau
Membekalkan stok terus kepada pelanggan

Menerima bekalan stok dari Stor Utama dan membuat bekalan terus kepada pelanggan

4.

Penggunaan Borang

Permohonan stok dari Stor Unit ke Stor Utama menggunakan KEW.PS-10;
Atau
Permohonan daripada pelanggan ke Stor Utama menggunakan KEW.PS-11.

Permohonan daripada pelanggan menggunakan KEW.PS-11
5.
Ruangan Stor
Mempunyai ruangan / bilik khas bagi menempatkan peralatan/barang-barang yang dikategori sebagai stok
Tidak mempunyai ruangan/bilik khas bagi menempatkan peralatan/barang-barang yang dikategori sebagai stok


*Nota:  Sila rujuk LAMPIRAN A berhubung senarai pengkelasan baharu kategori stor Bahagian / agensi / institusi di bawah KPM.





            3.2       Pelantikan Pegawai Pengurusan Stor

                        3.2.1    Setiap agensi di KPM hendaklah melantik pegawai bagi
memenuhi tuntutan untuk pelaksanaan pengurusan stor
seperti berikut :

a.          Pegawai Stor

                                                Pelantikan Pegawai Stor hendaklah dilaksanakan oleh
                                                Ketua Jabatan secara  bertulis di peringkat dalaman bagi   
                                                pegawai yang dirasakan sesuai tanpa mengira gred.

b.          Pegawai Penerima / Pegawai Pengesah

                                                Pegawai Penerima / Pengesah dilantik secara dalaman
                                                sekurang-kurangnya dua (2) orang atau lebih yang diberi
                        tanggungjawab oleh Ketua Jabatan untuk menerima dan
                        mengesahkan barang-barang stor yang diperolehi.

c.          Pegawai Pemeriksa Stok
           
Ketua Jabatan hendaklah melantik pegawai- pegawai yang tidak terlibat dengan stor yang diperiksa bagi melaksanakan pemeriksaan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun ke atas semua stok secara 100% mulai 1 Oktober tahun semasa.

d.          Pegawai Pemverifikasi Stok

i.            Pelantikan dua (2) orang Pegawai Pemverifikasi  
      Stor di Bahagian / JPN dan Agensi di Peringkat
Negeri ( contoh : BTPN ) adalah dibawah kelulusan Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Setiausana Kementerian; dan

ii.          Pelantikan (2) orang Pegawai Pemverifikasi Stor        di Institusi Pendidikan / Sekolah adalah di bawah kelulusan Pengarah Bahagian / Rektor / Pengarah pelajaran Negeri mengikut induk institusi masing-masing.  Pegawai-pegawai yang dilantik seharusnya dilantik dalam kalangan pegawai yang tidak terlibat dengan organisasi / jabatan / institusi / sekolah yang diverifikasi serta hendaklah mempunyai kemahiran asas dalam TPS.








            3.3       Penggunaan Borang di Stor Utama dan Stor Unit

Jadual 2 :  Senarai / Penggunaan Borang di Stor Utama dan Stor Unit


BIL

PROSES
                             
 BORANG




STOR UTAMA

STOR UNIT

1.

Penerimaan

* KEW.PS-1,  Borang Terimaan     
   Barang-Barang.

* KEW.PS-2,  (Borang Laporan terimaan Barang—Barang) (sekiranya terdapat selisihan)


*  KEW.PS-2.  Borang  
    Laporan Terimaan 
    Barang-Barang (sekiranya  
    terdapat selisihan)


2.

Merekod Stok

*  Penyediaan Katalog (senarai 
   perihal barang)

* KEW.PS-3, Kad Kawalan  
  Stok

* KEW.PS-4, Kad Petak

* KEW.PS-5, Senarai Kad  
  Kawalan Stok


* Rekod Senarai Barang

* KEW.PS-4, (Kad Petak)

3.

Penyimpanan

* KEW.PS-6,  Tambahan
   Barang-barang Standard

* KEW.PS-7, Penentuan 
   Kumpulan Stok (Berdasarkan
   Penggunaan Dua (2) Tahun )

* KEW-PS-8, MDKD

* KEW-PS-9, Senarai Stok 
   Bertarik Luput.


* KEW.PS-7,
   Penentuan  Kumpulan
   Stok  (Berdasarkan
   Penggunaan Dua (2)
   Tahun )

* KEW-PS-8, MDKD

* KEW-PS-9, Senarai Stok 
   Bertarik Luput.


4.

Pengeluaran

* KEW.PS-10,  Borang  
   Pesanan dan Pengeluaran  
   Stok (melibatkan Stor Utama
   dengan Stor agensi stor       
   ke stor
* KEW.PS-11, Borang  
  Permohonan Stok.  Daripada 
  stor kepada pengguna akhir.
* KEW-PS-12, Senarai 
   Pembungkusan (penggunaan 
   melibatkan KEW.PS-10)

* KEW.PS-11, Borang  
  Permohonan Stok. 







BIL

PROSES
                             
 BORANG

STOR UTAMA

STOR UNIT

5.

Pemeriksaan

* KEW.PS-13,  Laporan  
  Kedudukan Stok.

* KEW.PS-14, Laporan
  Verifikasi Stor.

* KEW-PS-17, Penyata
   Pelarasan Stok.

* KEW-PS-18, Perakuan Ambil
   Alih.


* KEW.PS-13,  Laporan  
  Kedudukan Stok.

* KEW.PS-14, Laporan
  Verifikasi Stor.

* KEW-PS-17, Penyata
   Pelarasan Stok.

* KEW-PS-18, Perakuan
   Ambil Alih.


6.

Kehilangan dan Hapuskira

* KEW.PS-19,  Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah.

* KEW.PS-21, Laporan Hapus Kira Kekurangan Stok Bernilai Rendah

* KEW.PS-19,  Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah.

* KEW.PS-21, Laporan Hapus Kira Kekurangan Stok Bernilai Rendah.

7.

Laporan Tahunan

* KEW.PS-13,  Laporan Kedudukan Stok.

* KEW.PS-15, Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor.

* KEW-PS-16, Laporan Tahunan Verifikasi Stor.

* KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok.

*KEW-PS-22,Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok.

* KEW.PS-15, Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor.

* KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok.

* KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok.















            3.4       Laporan Mengikut Suku Tahun / Laporan Tahunan
Semua stor dikehendaki melaporkan prestasi pengurusan stor kepada penyelaras stor Bahagian / JPN untuk dilaporkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan (JKPAK) seperti berikut :

Jadual 3 :  Borang-borang yang berkaitan bagi Penyediaan Laporan Mengikut Suku Tahun


STOR UTAMA

STOR UNIT

* KEW.PS-13,  Laporan Kedudukan Stok..

* KEW.PS-14, Laporan Pemeriksaan / Verifikasi Stok.

* KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok.

* KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok.


* KEW.PS-13,  Laporan Kedudukan Stok..

* KEW.PS-14, Laporan Pemeriksaan / Verifikasi Stok.

* KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok.

* KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok.



































LAMPIRAN A

Senarai Pengkelasan Baharu Kategori Stor Bahagian / Agensi / Institusi di bawah KPM



BIL

KATEGORI

BAHAGIAN AGENSI / INSTITUSI

1.

Stor Utama

(i)  Semua bahagian / agensi;

(ii) Jabatan Pelajaran Negeri;

(iii) Pejabat Pelajaran Daerah;

(iv) Institusi Pendidikan Guru Malaysia;

(v) Kolej Matrikulasi KPM;

(vi) Sekolah Sukan;

(vii) Sekolah Seni; dan

(viii) Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional


2.

Stor Unit


Semua sekolah harian, Sekolah Berasrama Penuh serta mana-mana institusi yang tidak disenaraikan sebagai Stor Utama.





* Nota :  Penetapan pengkelasan baru kategori stor adalah tertakluk kepada
  keputusan mesyuarat bersama pihak Perbendaharaan.























STOR UTAMA

STOR UNIT

* Pemeriksaan Mengejut oleh Ketua Jabatan.


* Pemeriksaan Mengejut oleh Ketua Jabatan.


Jadual 4 :  Borang-borang yang berkaitan bagi Penyediaan Laporan Tahunan



STOR UTAMA

STOR UNIT

* KEW.PS-13,  Laporan Kedudukan Stok.

* KEW.PS-15, Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor.

* KEW.PS-16, Laporan Tahunan Verifikasi Stok.

* KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok.

* KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok.


* KEW.PS-13,  Laporan Kedudukan Stok.

* KEW.PS-15, Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor.

* KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok.

* KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok.



4.         PENUTUPAN

            Ketua Jabatan perlu memastikan pelaksanaan pengkelasan stor-stor di KPM mengikut prosedur pelaksanaan pengurusan stor di Bahagian / agensi / institusi masing-masing mulai tahun 2012.










Unit Perolehan dan Pengurusan Aset
Jabatan Pelajaran Negeri Johor