KERTAS MAKLUMAN
PANDUAN PELAKSANAAN PENGKELASAN BAHARU KATEGORI STOR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penduan pelaksanaan pengkelasan baharu stor-stor di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta prosedur pelaksanaan pengurusan stor di Bahagian / agensi / institusi di bawah KPM bermula tahun 2012.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Penyediaan Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Stor di KPM adalah bertujuan untuk menjelaskan mengenai prosedur pelaksanaan dan pengurusan stor selepas perubahan kategori stor di KPM. Perubahan tersebut adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Semula Kategori Stor bersama Perbendaharaan pada 16 Mac 2011, Mesyuarat Pelaksanaan Penyelarasan Semula Kategori Stor KPM pada 28 Jun 2011 dan Mesyuarat antara KPM dan Perbendaharaan berhubung Penyelarasan Draf Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Kategori Stor di KPM pad 30 September 2011.
2.2 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 – Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan (TPS), setiap agensi perlu melaksanakan pengkelasan kategori stor. KPM melalui agensi-agensinya telah melaksanakan perkara ini. Walau bagaimanapun, keunikan stor di agensi di KPM menyebabkan kekeliruan dalam pengkelasan stor terutamanya di sekolah-sekolah.
2.3 Berdasarkan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Semula Kategori Stor, Perbendaharaan memaklumkan bahawa semua agensi di KPM perlu menyelaras semula kategori stor masing-masing. Penyelarasan kategori yang terkini adalah berdasarkan kriteria baharu yang ditetapkan oleh Perbendaharaan.
2.4 Perubahan kategori stor ini akan melibatkan perbezaan dalam pelaksanaan sebelum ini terutamanya dalam pelaksanaan TPS, penggunaan borang dan pelantikan pegawai yang terlibat dalam pengurusan stor.
2.5 Pekeliling mengenai Panduan Pelaksanaan Pengkelasan Baharu Stor di KPM akan diedarkan pada hujung tahun 2011. Panduan ini hendaklah dilaksanakan / dibaca bersama dengan ketetapan yang telah dikuatkuasakan dalam TPS kerana TPS adalah asas pertimbangan dalam penyediaan dan pelaksanaan panduan ini.
3. PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN
3.1 Kategori Stor di KPM
Kategori di KPM hanya melibatkan dua (2) kategori iaitu Stor Utama dan
Stor Unit. Pengkelasan semula kategori stor di KPM adalah berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Perbendaharaan mengikut kesesuaian dan keunikan di KPM :
Jadual 1 : Definisi Kategori Stor di KPM
BIL | KRITERIA | STOR UTAMA | STOR UNIT |
1. | Kaedah perolehan (pembelian) stok | Menguruskan perolehan (pembelian) stok sendiri | Tidak membuat perolehan (pembelian) barang-barang; Atau Membuat perolehan stok menggunakan peruntukan bantuan geran per kapita (PCG) |
2. | Sumber peruntukan kewangan bagi tujuan perolehan | Menggunakan peruntukan belanja mengurus bagi tahun semasa | Menggunakan peruntukan bantuan geran per kapita (PCG) |
3. | Penggunaan Bekalan Stok | Membekalkan stok kepada Stor Unit; Atau Membekalkan stok terus kepada pelanggan | Menerima bekalan stok dari Stor Utama dan membuat bekalan terus kepada pelanggan |
4. | Penggunaan Borang | Permohonan stok dari Stor Unit ke Stor Utama menggunakan KEW.PS-10; Atau Permohonan daripada pelanggan ke Stor Utama menggunakan KEW.PS-11. | Permohonan daripada pelanggan menggunakan KEW.PS-11 |
5. | Ruangan Stor | Mempunyai ruangan / bilik khas bagi menempatkan peralatan/barang-barang yang dikategori sebagai stok | Tidak mempunyai ruangan/bilik khas bagi menempatkan peralatan/barang-barang yang dikategori sebagai stok |
*Nota: Sila rujuk LAMPIRAN A berhubung senarai pengkelasan baharu kategori stor Bahagian / agensi / institusi di bawah KPM.
3.2 Pelantikan Pegawai Pengurusan Stor
3.2.1 Setiap agensi di KPM hendaklah melantik pegawai bagi
memenuhi tuntutan untuk pelaksanaan pengurusan stor
seperti berikut :
a. Pegawai Stor
Pelantikan Pegawai Stor hendaklah dilaksanakan oleh
Ketua Jabatan secara bertulis di peringkat dalaman bagi
pegawai yang dirasakan sesuai tanpa mengira gred.
b. Pegawai Penerima / Pegawai Pengesah
Pegawai Penerima / Pengesah dilantik secara dalaman
sekurang-kurangnya dua (2) orang atau lebih yang diberi
tanggungjawab oleh Ketua Jabatan untuk menerima dan
mengesahkan barang-barang stor yang diperolehi.
c. Pegawai Pemeriksa Stok
Ketua Jabatan hendaklah melantik pegawai- pegawai yang tidak terlibat dengan stor yang diperiksa bagi melaksanakan pemeriksaan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun ke atas semua stok secara 100% mulai 1 Oktober tahun semasa.
d. Pegawai Pemverifikasi Stok
i. Pelantikan dua (2) orang Pegawai Pemverifikasi
Stor di Bahagian / JPN dan Agensi di Peringkat
Negeri ( contoh : BTPN ) adalah dibawah kelulusan Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Setiausana Kementerian; dan
ii. Pelantikan (2) orang Pegawai Pemverifikasi Stor di Institusi Pendidikan / Sekolah adalah di bawah kelulusan Pengarah Bahagian / Rektor / Pengarah pelajaran Negeri mengikut induk institusi masing-masing. Pegawai-pegawai yang dilantik seharusnya dilantik dalam kalangan pegawai yang tidak terlibat dengan organisasi / jabatan / institusi / sekolah yang diverifikasi serta hendaklah mempunyai kemahiran asas dalam TPS.
3.3 Penggunaan Borang di Stor Utama dan Stor Unit
Jadual 2 : Senarai / Penggunaan Borang di Stor Utama dan Stor Unit
BIL | PROSES | BORANG | |
STOR UTAMA | STOR UNIT | ||
1. | Penerimaan | * KEW.PS-1, Borang Terimaan Barang-Barang. * KEW.PS-2, (Borang Laporan terimaan Barang—Barang) (sekiranya terdapat selisihan) | * KEW.PS-2. Borang Laporan Terimaan Barang-Barang (sekiranya terdapat selisihan) |
2. | Merekod Stok | * Penyediaan Katalog (senarai perihal barang) * KEW.PS-3, Kad Kawalan Stok * KEW.PS-4, Kad Petak * KEW.PS-5, Senarai Kad Kawalan Stok | * Rekod Senarai Barang * KEW.PS-4, (Kad Petak) |
3. | Penyimpanan | * KEW.PS-6, Tambahan Barang-barang Standard * KEW.PS-7, Penentuan Kumpulan Stok (Berdasarkan Penggunaan Dua (2) Tahun ) * KEW-PS-8, MDKD * KEW-PS-9, Senarai Stok Bertarik Luput. | * KEW.PS-7, Penentuan Kumpulan Stok (Berdasarkan Penggunaan Dua (2) Tahun ) * KEW-PS-8, MDKD * KEW-PS-9, Senarai Stok Bertarik Luput. |
4. | Pengeluaran | * KEW.PS-10, Borang Pesanan dan Pengeluaran Stok (melibatkan Stor Utama dengan Stor agensi stor ke stor * KEW.PS-11, Borang Permohonan Stok. Daripada stor kepada pengguna akhir. * KEW-PS-12, Senarai Pembungkusan (penggunaan melibatkan KEW.PS-10) | * KEW.PS-11, Borang Permohonan Stok. |
BIL | PROSES | BORANG | |
STOR UTAMA | STOR UNIT | ||
5. | Pemeriksaan | * KEW.PS-13, Laporan Kedudukan Stok. * KEW.PS-14, Laporan Verifikasi Stor. * KEW-PS-17, Penyata Pelarasan Stok. * KEW-PS-18, Perakuan Ambil Alih. | * KEW.PS-13, Laporan Kedudukan Stok. * KEW.PS-14, Laporan Verifikasi Stor. * KEW-PS-17, Penyata Pelarasan Stok. * KEW-PS-18, Perakuan Ambil Alih. |
6. | Kehilangan dan Hapuskira | * KEW.PS-19, Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah. * KEW.PS-21, Laporan Hapus Kira Kekurangan Stok Bernilai Rendah | * KEW.PS-19, Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah. * KEW.PS-21, Laporan Hapus Kira Kekurangan Stok Bernilai Rendah. |
7. | Laporan Tahunan | * KEW.PS-13, Laporan Kedudukan Stok. * KEW.PS-15, Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor. * KEW-PS-16, Laporan Tahunan Verifikasi Stor. * KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok. *KEW-PS-22,Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok. | * KEW.PS-15, Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor. * KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok. * KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok. |
3.4 Laporan Mengikut Suku Tahun / Laporan Tahunan
Semua stor dikehendaki melaporkan prestasi pengurusan stor kepada penyelaras stor Bahagian / JPN untuk dilaporkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan (JKPAK) seperti berikut :
Jadual 3 : Borang-borang yang berkaitan bagi Penyediaan Laporan Mengikut Suku Tahun
STOR UTAMA | STOR UNIT |
* KEW.PS-13, Laporan Kedudukan Stok.. * KEW.PS-14, Laporan Pemeriksaan / Verifikasi Stok. * KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok. * KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok. | * KEW.PS-13, Laporan Kedudukan Stok.. * KEW.PS-14, Laporan Pemeriksaan / Verifikasi Stok. * KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok. * KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok. |
LAMPIRAN A
Senarai Pengkelasan Baharu Kategori Stor Bahagian / Agensi / Institusi di bawah KPM
BIL | KATEGORI | BAHAGIAN AGENSI / INSTITUSI |
1. | Stor Utama | (i) Semua bahagian / agensi; (ii) Jabatan Pelajaran Negeri; (iii) Pejabat Pelajaran Daerah; (iv) Institusi Pendidikan Guru Malaysia; (v) Kolej Matrikulasi KPM; (vi) Sekolah Sukan; (vii) Sekolah Seni; dan (viii) Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional |
2. | Stor Unit | Semua sekolah harian, Sekolah Berasrama Penuh serta mana-mana institusi yang tidak disenaraikan sebagai Stor Utama. |
* Nota : Penetapan pengkelasan baru kategori stor adalah tertakluk kepada
keputusan mesyuarat bersama pihak Perbendaharaan.
STOR UTAMA | STOR UNIT |
* Pemeriksaan Mengejut oleh Ketua Jabatan. | * Pemeriksaan Mengejut oleh Ketua Jabatan. |
Jadual 4 : Borang-borang yang berkaitan bagi Penyediaan Laporan Tahunan
STOR UTAMA | STOR UNIT |
* KEW.PS-13, Laporan Kedudukan Stok. * KEW.PS-15, Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor. * KEW.PS-16, Laporan Tahunan Verifikasi Stok. * KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok. * KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok. | * KEW.PS-13, Laporan Kedudukan Stok. * KEW.PS-15, Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor. * KEW-PS-20, Laporan Tahunan Pelupusan Stok. * KEW-PS-22, Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok. |
4. PENUTUPAN
Ketua Jabatan perlu memastikan pelaksanaan pengkelasan stor-stor di KPM mengikut prosedur pelaksanaan pengurusan stor di Bahagian / agensi / institusi masing-masing mulai tahun 2012.
Unit Perolehan dan Pengurusan Aset
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
dengan adanye kertas makluman ini semoga dapat membantu kita dalam menjalankan tugas dalam pengurusan stor.
ReplyDeletemasih xcukup maklumat yang diberi.
ReplyDeletesaya nak tau macam mana perekodan stok dilakukan. siapa buat.
ketua panitia beli barang. kendian siapa rekod. guru stor yang dilantik oleh KSU kementerian ke atau guru panitia.
klu ketua panitia merekod stok, borang-borang yang kew tu diorang isi ke?
klu diaorang beli barang, tapi xde bilik stor, macam mana pula.
soalan terakhir..
klu guru yang dilantik oleh KSU kementerian ditugaskan untuk kira stok seperti tertulis dalam surat, maka ketua panitia xyah le kira stok yang diaorang beli guna PCG tu....betul ke tidak?
secara amnya...xde penyataan official mengatakan yang ketua panitia kene kira stok.. klu ade, tolong berikan? mungkin saya terlepas pandang kut..